agenda? agen? agent? agentoo? agen 2?
aahh.. masa kat opis rasa macam banyak pulak agenda utk dibuat di rumah, tapi bila balik rumah dah penat. apa pun tak jadi. sudahnya tgk tv sampai tgh malam. adehla...
dari minggu lepas lagik sebenarnya aku ada 2 bende nak dibuat. yang pertama, aku nak tukar os pc aku nih. tapi agak dalam dilema jugak. sebabnya aku nak pakai freebsd pulak, (lama gila tak sentuh) atau kemungkinan guna fedora c 4. tapi bila aku congak balik. bukan aku jek pakai pc nih. ayah aku ngan adik aku ada la jugak. adik aku takda masalah. tapi ayah aku... sesilap dia trauma tgk bsd/fc4 punya demsg.
jadik aku pikir nak pakai os windows jugak la jawabnya. tapi takmo xp dah la... ingat nak try 2003 server lak (versi lanun le..). nak explore server 2003. asik asik ngan 2K server je... tak berkembang langsung.. hahhahaha...
yang kedua pulak. aku ada jumpa satu komuniti dan jugak satu software yang bleh connect PS2 dalam network. bukan sekadar LAN network, tapi worldwide network. bende ni tak sama dgn network yang mmg disediakan utk PS2. tapi tu la... aku asik lupa je nak beli either switch / nic. aku ada satu je nic nih.. adehla... kalau beli switch kang bertambah pulak kos...
tapi tu la problem nya.. masa kat opis berkobar kobar. tapi bila kat umah.. kantoi lak... adehla.. kuatkan semangat hari nih..
warghhhhhhhh
Entry ditaip pada 10:28:21 am oleh jejaka macho bernama
Dimenxion